Chapter 484 - Set Gambar Terakhir

Set gambar keempat.

Di sebelah kiri ialah gambar daun saderi dan di sebelah kanan pula gambar daun ketumbar.

Ye Wan Wan teringat yang Si Ye Han tidak suka makan daun saderi. Jadi, dia memilih daun ketumbar tanpa berfikir panjang.

Seperti yang dijangka, Si Ye Han menekanya dengan betul sekali lagi.

'Kalau kita terus macam ni, kita ada harapan untuk menang hadiah tu!'

Pada mulanya, semua orang menonton hanya sebagai hiburan. Tetapi mereka perlahan-lahan memberi perhatian kepada pasangan ini.

Ye Wan Wan dan Si Ye Han berjaya menjawab lapan soalan dengan betul secara berturut-turut.

Ye Wan Wan sendiri terpana sambil gadis itu merenung Si Ye Han.

"Wow, awak boleh baca fikiran ke, Si Ye Han?"

Si Xia pada mulanya kelihatan suram dan menganggap semua ini mengarut. Namun setelah mereka meneka lapan soalan dengan betul, wajah lelaki itu tampak berubah.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS