Mereka telah meneka tiga soalan dengan salah, jadi tidak mungkin mereka akan mendapat hadiah itu lagi. Kedua-dua mereka tiada mood lagi untuk bermain dan terus mengakhiri permainan berkenaan.
Sebaik sahaja permainan itu berakhir, Ye Wan Wan terus merungut kepada Si Ye Han. "Eee, budak ni menyakitkan hati saya! Macam mana dia boleh jawab salah dengan soalan senang macam tu?"
"Saya tak salah tekalah!" Si Xia menengking semula.
"Awak teka semua tiga soalan dengan salah, tapi awak masih tak nak mengaku lagi!" Ye Wan Wan meletup sekali lagi.
Si Ye Han tidak bercakap. Dia mengusap kepala gadis itu dengan tapak tangannya, namun perasaan yang tidak boleh diungkap kelihatan di wajah lelaki itu.
Suasana telah bertukar keruh selepas Ye Wan Wan bergaduh dengan Si Xia.