Terima kasih kepada Si Xia, latihan boleh bermula.
Yang lain pada mulanya enggan menurut tapi disebabkan pengaruh Si Xia, mereka hanya boleh menahan rasa marah dan memulakan latihan dengan patuh.
Ye Wan Wan mengangkat bahu acuh tak acuh. 'Mari lakukannya, mari kita lihat selama mana kau boleh bertahan'.
Sia Xia tidak mempunyai banyak bahagian dalam pementasan ini dan dia tidur di atas kerusi sebelah tingkap sambil menunggu gilirannya. Kemudian adegan terakhir tiba dan seorang daripada mereka pergi mengejutkan Si Xia dengan berhati-hati.
"Erm… Si Xia, giliran awak…"
Bahagian seterusnya dalam pementasan ini di mana tujuh orang kerdil telah menempatkan Snow White dalam keranda kaca kristal. Seorang putera dari negara jiran bergegas datang menaiki seekor kuda putih dan mencium Snow White dengan penuh kasih sayang untuk menghidupkan dia semula.
Si Xia mengerutkan kening, membuka mata dan disapa oleh semua orang dengan pandangan penuh simpati seperti mereka semua sedang berkabung.
'Pandangan apakah ini?'
Ye Wan Wan melompat ke atas meja yang disediakan untuknya. Kakinya terjuntai ke tepi, mengeluarkan beg solekannya dan berkata, "Beri saya sedikit masa, saya perlu betulkan solekan saya!"
Dia menggelapkan lagi pembayang mata, menambah lebih banyak pemerah pipi dan mengenakan gincu berwarna ungu. Kesannya sangat ketara sehingga ke tahap maksimum.
"Okey, saya sudah bersedia." Ye Wan Wan berbaring selepas mengenakan gincunya.
Di bawah pandangan membunuh dari gadis lain, Si Xia mengusutkan rambut yang masih serabut dari tidur, membuka butang kolarnya dan berjalan menuju ke arah gadis itu.
Melihat rambut palsu besar, solekan seperti hantu, tatu tengkorak yang ketinggalan zaman dan bibir ungu kehitaman gadis itu, lelaki itu berasa mual.
Mengambil kira idea kematian awal bermakna kelegaan awal, Si Xia menarik nafas dalam dan dengan perlahan membongkok tubuhnya…
Dia sendiri yang mencabut undi itu, jadi dia perlu meneruskan adegan ini walaupun dia terpaksa berlutut!
"Ah, tidak!" Gadis lain terlalu takut sehingga mereka terus menutup mata seperti menganggap pementasan ini bukan cerita dongeng tapi filem seram.
"Celaka. Si Xia tak akan betul-betul cium perempuan itu, bukan? Kita hanya pelajar sekolah menengah – kita tak boleh buat sejauh itu! Hanya ciuman palsu pun sudah memadai!"
"Mengarut, sudah tentu ciuman palsu pun sudah mencukupi! Tapi masalahnya ciuman palsu pun susah untuk dilakukan okey?"
…
Ciuman palsu? Satu keajaiban dia hanya tiga langkah dari Ye Wan Wan.
Mungkin dia terlalu membongkok tubuhnya. Si Xia tiba-tiba berpaling dan mula batuk dengan teruk. Gadis di sekelilingnya melihat dengan risau dan terus menghulur air dan tisu kertas kepadanya.
Cheng Xue merenung Ye Wan Wan dengan geram dan hampir menangis melihat wajah Si Xia. "Si Xia, jangan menyusahkan diri awak lagi, okey?"
Ye Wan Wan bangun serta merta dengan wajah tidak bersalah. "Eh? Ada masalah?"
Si Xia menelan separuh air dari botol, sebelum berjaya menenangkan diri dan berkata, "Awak… Tukar gincu awak…"
Ye Wan Wan mengelip mata. "Selepas diracun dengan epal, bibir saya semestinya akan bertukar ungu. Munasabah sikit!"
Lelaki itu kelihatan seperti mahu pengsan. "Diam dan buat sajalah!"
"Baiklah, saya akan tukar~" Ye Wan Wan memuncung mulut dan membuat seperti lelaki itu menyusahkan. Akhirnya, dia mengeluarkan penanggal solekan dan mengganti gincu ungu dengan warna merah biasa.
"Ini okey?"
Si Xia menutup mata. "Mari cuba sekali lagi."
"Orh." Ye Wan Wan hanya boleh berbaring semula.
Si Xia berjalan ke arah Ye Wan Wan semula dan membongkok perlahan…
Merenung wajah yang disapu dengan solekan tebal dan mulut merah menyala, kali ini, Si Xia meluru keluar dari tempat itu.
Selepas beberapa ketika, Si Xia akhirnya kembali, kelihatan seperti baru sahaja mengosongkan isi perutnya.
Ye Wan Wan kelu tanpa kata selepas melihat lelaki itu. 'Mengarut betul lelaki ini, adakah lebih bagus mati untuk melindungi egonya?
'Semua ini akan berakhir jika dia berjumpa dengan guru untuk meminta pertukaran pasangan; jadi aku tak perlu berusaha sampai macam ini sekali!'