Si Xia terus meletup marah. "Ye Wan Wan! Siapa anak kau?!"
Melihat Si Xia mula meradang, Ye Wan Wan memujuk lelaki itu dengan lembut, "Okey, okey, macam mak dan ayah bawa anak mereka yang tampan keluar berjalan. Okey tak? Puas hati?"
'Sikit. pun. tak!'
Si Xia menekup kepalanya di atas meja dan tidak mahu bercakap lagi…
Si Ye Han yang duduk di sebelahnya, duduk di situ mendiamkan diri sambil melihat senyuman nakal gadis di hadapannya. Kedinginan dalam mata suramnya terus cair menghilang dan diganti dengan senyuman kecil seperti angin yang bertiup di atas permukaan tasik, mencetuskan gelombang demi gelombang di atasnya…
Semenjak dia cedera teruk, panas barannya menjadi lebih ganas dan tidak boleh dijangka. Ia seperti seekor binatang liar yang mengganas dan mencetuskan huru-hara sedang tinggal di dalam badannya dan dia tidak berjaya mengawalnya. Dia hanya boleh melihat fikiran dan kesedarannya dikuasai dan terhakis, sedikit demi sedikit.