Chapter 473 - Pedang Bermata Dua

Selepas berhadapan secara lansung dengan Gong Xu, Ye Wan Wan akhirnya faham mengapa reputasi Gong Xu begitu buruk, dipenuhi dengan begitu banyak skandal. Dia juga faham mengapa lelaki ini mempunyai begitu ramai peminat setia.

Wajah lelaki ini begitu tampan. Apabila dia berlagak sedih, dia terlalu menawan sehingga orang ramai akan memaafkan semua kesalahannya dan mengalah dengan semua permintaannya.

Jika peminatnya nampak keadaannya seperti ini, jeritan mereka mungkin boleh memecahkan langit.

Namun, Ye Wan Wan tidak percaya walau satu perkataan daripada janji-janji Gong Xu.

Apabila teringat semula segala "perbuatan" Gong Xu, dia tahu dia tidak boleh memandang ringan lelaki ini.

Gong Xu akan dengar dengan patuh kata-kata pengurusnya? Ini mungkin penipuan terbesar dalam sejarah industri hiburan.

Sebaik sahaja Gong Xu berkata begitu, semua mata tertumpu ke arah Ye Wan Wan, tidak sabar-sabar mahu mendengar jawapan balasnya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS