Sebelum Zhou Wen Bin berjaya menghabiskan ayatnya, Gong Xu terus membentak marah, "Mengarut! Bila masa aku bincang dengan kau? Apa maksud kau, huh? Kau tuduh aku membuli ke? Guna kedudukan aku untuk kegunaan peribadi dan berlagak seperti orang tak tahu malu untuk curi watak artis daripada syarikat yang sama?"
Wajah Gong Xu menunjukkan dia mahu mencabar sesiapa sahaja yang berani merosakkan reputasinya di hadapan bakal abang iparnya!
Melihat Gong Xu terang-terangan menipu, wajah Zhou Wen Bin berubah gelap seperti punggung kuali. Dia tiada pilihan lain selain memaksa dirinya berkata, "Mus… mustahil… mestilah tak…"
Ketika itu, barulah Gong Xu kelihatan berpuas hati apabila dia mencemuh, "Jadi, kau berpura-pura ikut arahan tapi sebenarnya kau ikut kepala kau sendiri dekat belakang aku! Kau yang buat masalah ni, jadi kau sendiri selesaikan! Pergi hubungi krew penggambaran sekarang dan jelaskan perkara ni! Saya tak akan ambil watak tu!"