Chapter 464 - Berjaya Mendapatnya

Tapi dia perlu pasti.

Sama ada ia hanya tuah badan atau Luo Chen memang mempunyai kebolehan seperti itu.

Song Jin Lin kemudian berkata dengan tegas setelah berfikir demikian, "Babak 13, Adegan 7. Berlakon mengikut kefahaman awak!"

Selepas Song Jin Lin berkata begitu, penonton yang pada mulanya teruja mula senyap sekali lagi sambil melihat dua orang lelaki itu dengan perasaan gementar.

Pada bullet screen, peminat Xu Ming tidak gembira dan mula membentak marah…

[Belum habis lagi! Kenapa kamu semua risau sangat? Itu mungkin hanya tuah saja tadi!]

[Betul tu. Luo Chen ketara sekali ada muslihat. Xu Ming perlu berlakon seorang diri. Jadi sudah tentu keputusan dia lebih teruk. Tapi Luo Chen telah menggunakan Xu Ming untuk membantu dia berlakon! Licik betul!]

Luo Chen tidak perasan reaksi daripada semua orang. Hanya selepas dia mendengar Song Jin Lin menyebut "Babak 13, Adegan 7", barulah dia berasa sedikit terkejut.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS