Selepas Ye Wan Wan menghantar Han Xian Yu keluar, dia tiba-tiba teringat semua mesej suara yang Gong Xu hantar. Dia tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis.
'Lelaki ini ahli sihir ke? Kenapa dia tak buka gerai dan tilik nasib orang? Dia telah teka dengan betul walaupun dia hanya berkata mengarut. Dia boleh curi perniagaan menilik nasib daripada aku!'
Dua hari selepas itu, Ye Wan Wan terus mengawasi pergerakan Zhou Wen Bin sementara dia berbincang skrip dengan Luo Chen.
Zhou Wen Bin seperti tidak merancang sesuatu. Ye Wan Wan tidak tahu apa yang dia sedang rancang sebenarnya.
Manakala Gong Xu pula, dia memang seorang yang selalu menarik perhatian orang ramai. Satu dunia tahu dia sedang mencari seseorang. Bukan sahaja dia telah mengerakkan peminatnya, tetapi dia juga telah mengerakkan semua orang di sekelilingnya. Sekarang, seluruh industri hiburan tahu mengenai perkara ini.