Apabila Han Xian Yu mendengar pertanyaan Ye Bai, dia tergamam. "Terangkan penampilan… awak…?"
Ye Wan Wan juga terpana. Dia mahu menampar mulutnya sendiri kerana terlepas cakap.
'Lebih bersalah aku rasa, lebih panik aku jadi dan lebih senang untuk aku buat silap!'
Ye Wan Wan terus menjawab, "Tak… maksud saya… macam mana dia terangkan penampilan perempuan yang tinggal dekat sini tu?"
Han Xian Yu melirik gadis itu dengan curiga namun tetap membalas selepas beberapa ketika, "Saya tak pasti sama ada dia memang betul tinggal dekat pangsapuri kita…"
*kof* "Oh, awak masih tak jawab soalan saya. Apa yang Gong Xu cakap sebenarnya? Mungkin saya pernah nampak dia sebelum ni!" Ye Wan Wan terus menukar topik perbualan.