Chapter 454 - Pergi Mampus!

Ye Wan Wan menatal pos itu ke bawah dengan cepat dan jantungnya hampir tercabut, Gong Xu juga ada melukis satu potret dirinya!

'Tak guna, mati aku!'

Jantung Ye Wan Wan bergedup lebih kencang. Dia teragak-agak untuk menatal lebih jauh ke bawah.

Dia hanya berani membuka sedikit matanya sambil jarinya menggigil apabila dia menatal…

Selepas melihat potret itu dengan jelas, Ye Wan Wan tergamam sekali lagi.

'HAHA!

'Gong Xu, pergi mampus!

'Benda mengarut apa yang dia lukis ni?

'Selain daripada meneka warna baju aku dengan betul, celah mana dekat lukisan ni yang sama dengan muka aku?'

Sambil mengejek Gong Xu, Ye Wan Wan menghela nafas lega. Nasib baik lelaki ini tiada bakat melukis.

'Menyesal…

'Kalau aku tahu tadi, aku tak akan baik sangat bagi gula-gula plum dekat dia walaupun dengan muka dia yang kesian tadi…'

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS