Si Ming Li tidak perlu takut apa-apa sebenarnya. Dengan kaedah puan tua, lambat laun dia pasti akan tahu Si Ming Li yang bertanggungjawab atas kejadian tempoh hari. Perkara yang lebih rumit ialah dalang sebenar yang berada di sebalik tabir.
Berkenaan dengan dalang sebenar ini, Ye Wan Wan sendiri tidak tahu siapa dia sebenarnya.
"Baiklah, saya faham. Kalau ada sebarang berita lagi daripada pihak Puan Tua, maklum kepada saya dengan secepat mungkin," kata Ye Wan Wan.
Xi Yi terus mengangguk. "Baiklah!"
Apabila Ye Wan Wan mendengar jawapan Xu Yi, dia mengangkat keningnya sedikit. "Awak begitu percaya kepada saya sekarang?"
Xu Yi sangat maklum yang pengintip itu sudah mati dan Ye Wan Wan tidak mendapat sebarang maklumat sulit daripada pengintip itu. Secara logiknya, dia sepatutnya berasa curiga dengan identiti sebenar Ye Wan Wan.