"Cik, gula-gula plum awak dah siap dibungkus. Awak nak benda lain?" tanya pembantu kedai.
Ye Wan Wan tersedar semula dan terus menambah sebiji kek strawberi dan sebiji mousse mangga.
"Terima kasih, datang lagi!" Pembantu kedai itu menunduk hormat.
Ye Wan Wan mengambil semua barangnya dan meninggalkan kedai berkenaan. Tetapi dia merasakan ada seseorang sedang mengekorinya, mengikut setiap langkahnya.
Ye Wan Wan menoleh ke belakang dan perasan orang itu ialah lelaki bertopeng yang beratur di belakangnya sebentar tadi.
Sebaik sahaja dia menoleh, lelaki itu berpura-pura tenang dan berlagak seperti dia berdiri di tepi jalan dengan tangan di dalam poket dan menunggu orang mengambilnya.
Ye Wan Wan berjalan semula dan kali ini, lelaki itu tidak mengikutnya.
Namun, Ye Wan Wan dapat merasakan renungan membara dari belakangnya…
Ye Wan Wan tiada pilihan lain. Dia berpaling sekali lagi.