Wajah Si Ming Li yang masih berang kerana kaki anaknya, terus berubah setelah mendengar berita daripada ejen itu. Dia bingkas bangun dan menyoal, "Apa awak kata? Si Ye Han menderita penyakit yang serius? Dia tak akan bertahan lebih daripada enam bulan?"
Malah Si Yi Jie juga berhenti meraung dan menggunakan seluruh kekuatannya untuk menoleh kepada ejen berkenaan. "Ap… apa? Si Ye Han akan mati tak lama lagi? Betul ke? Awak pasti ini bukan berita palsu?"
Si Ming Li merenung ejennya dan wajahnya berubah serius. "Si Ye Han sihat selama ni. Kenapa tiba-tiba saja dia terlalu sakit sehingga hampir mati? Awak pasti maklumat awak tepat?"
Nada suara ejen itu kedengaran sangat yakin, "Tuan, ini maklumat yang sangat penting. Bagaimana saya berani lapor kepada Tuan tanpa sahkan beberapa kali terlebih dahulu? Saya bagi banyak duit kepada pengikut Doktor Sun untuk mendapat maklumat ini! Ia pasti betul!