Ye Wan Wan menunduk kepalanya dan tidak mahu memberitahu puan tuan dan Doktor Sun yang dia mempunyai kebolehan untuk membantu Si Ye Han tidur. Lagipun, masih banyak keraguan dengan isu itu dan jawapan Doktor Sun juga agak kabur.
Dia perlu mencuba untuk mengetahui ia berkesan atau tidak…
Sun Bai Cao memberi beberapa ubat kepada Si Ye Han sekali lagi, yang mana doktor itu mengeluh sebelum beredar. Puan tua kelihatan seperti lebih tua beberapa tahun apabila dia menghantar Sun Bai Cao keluar dengan hati yang patah.
Seketika kemudian, hanya tinggal Ye Wan Wan dan Si Ye Han sahaja di dalam bilik itu.
Rumah itu begitu sunyi, suasana yang menyesakkan dada memenuhi segenap ruang.
Lelaki itu berbaring di atas katil dengan senyap. Walaupun setelah mendengar dia mempunyai masa enam bulan untuk hidup, masih tiada perubahan perasaan di wajahnya.
Ye Wan Wan membuka mulutnya beberapa kali, mahu bercakap tetapi tidak boleh berkata apa-apa.