Chapter 427 - Masalah Mental

Si Ming Li mengangguk puas hati setelah mendengar jawapan Sebelas. "Jadi saya nak tanya Cik Wan Wan. Macam mana awak berjaya dapatkan maklumat terperinci ni? Maklumat yang rangkaian perisikan keluarga Si tak berjaya peroleh? Macam mana awak juga boleh ramal perkembangan peristiwa dan menyediakan bahan lakonan yang diperlukan? Adakah awak boleh meramal masa depan?"

Ketika itu, semua mata tertumpu tepat kepada Ye Wan Wan.

Mereka terlalu sibuk memikirkan dalang utama kejadian ini sehingga tiada antara mereka yang mempersoal perincian ini. Sekarang apabila Si Ming Li bertanya begitu, kejadian ini tampak agak pelik.

"Perempuan ni… dia bukan pembelot, kan?"

"Nampaknya macam tu!"

"Macam mana dia tahu semua maklumat tu? Ada sesuatu yang tak kena dengan perempuan ni!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS