"Awak ingat awak tu siapa?! Berani awak halang cara keluarga kami menghukum?!" laung Si Ming Li dengan marah.
Ye Wan Wan tetap tiada perasaan. Dia menjeling dingin kepada Si Ming Li dan berkata dengan suara yang menggetarkan tulang, "Datuk saudara keempat, awak orang tua dan saya hormat kepada awak… tapi bukan hari ini… berani awak lawan cakap bakal puan besar keluarga Si?"
"Awak… awak… awak!" Si Ming Li menunjuk kepada Ye Wan Wan dengan kelu.
"Datuk saudara keempat, memandangkan awak biadab kepada puan besar keluarga Si, boleh saya anggap awak juga biadab kepada tuan besar keluarga Si?" tanya Ye Wan Wan dengan dingin.
"Mengarut!" Si Ming Li terkejut. Si Ye Wan Wan ini berjaya melemparkan satu tuduhan besar kepada dirinya dalam hanya beberapa saat.
Ketika itu, tumpuan semua orang terus terarah kepada Ye Wan Wan.