Kediaman lama keluarga Si.
Puan tua sedang mengadakan mesyuarat tergempar bersama Qin Ruo Xi, pihak atasan pengurusan dan sekumpulan orang tua untuk berbincang rancangan untuk menyelamatkan Si Ye Han apabila mereka terdengar bunyi derap kaki yang laju datang daripada pintu.
Berikutan itu, pintu bilik bacaan dibuka dan kelihatan seorang gaji yang beremosi sedang termengah-mengah. "Puan… Puan Tua… dah balik… Tuan ke-9 dan yang lain dah balik!"
Wajah puan tua kosong buat seketika sebelum dipenuhi dengan kegembiraan. "Apa awak kata? Si Kecil ke-9 dah balik?"
Qin Ruo Xi juga bingkas bangun. "Mereka dekat mana sekarang?"
"Mereka dah sampai dekat pintu!"
Puan tua bergelut untuk bangun. "Cepat! Cepat bawa saya ke sana!"
Penjaga rumah terus membantu puan tua bangun dan bersama-sama menuju ke pagar utama.