Dalam masa yang sama di Bandar Empayar, kediaman lama keluarga Si.
Puan tua sedang menghirup teh di ruang tamu.
Qin Ruo Xi dan seorang lagi ahli lembaga syarikat meluru masuk.
"Kenapa kamu berdua datang ke sini di waktu begini?" Puan tua mengerutkan keningnya dan kelihatan seperti begitu lesu semasa bertanya.
Dia tidak pasti mengapa tapi dia berasa tidak senang hati sepanjang hari ini.
Sekarang apabila Qin Ruo Xi dan seorang senior daripada syarikat muncul di waktu seperti ini, perasaan tidak sedap hati terus menjalar dalam hatinya.
Qin Ruo Xi menoleh kepada ahli lembaga di sebelahnya. Lelaki itu tampak begitu serba salah dan tidak pasti bagaimana mahu menyampai berita yang terbuku di hati. Dia kemudian menoleh kepada Qin Ruo Xi dan berkata, "Cik Ruo Xi, apa kata awak yang maklumkan?"