Mereka semua telah menyangka gadis ini seorang pengecut yang hanya mahu menyelamatkan dirinya sendiri. Siapa sangka dia telah membawa mereka keluar daripada jalan buntu…?
Pandangan kagum semua pengawal peribadi masih lagi terarah kepadanya sementara Liu Ying dan yang lain masih tidak tahu kebenaran sebenar, terus menjeling dingin ke arah wanita itu. Wanita bergaun hitam sifon itu kemudian melangkah perlahan menuju ke kumpulan Liu Ying. Sutera emas di tangan wanita itu merembes aura dingin apabila dia berkata malas, "Orang yang menghalang kita tadi dah berambus. Sekarang kita boleh mula hidangan utama kita…"
Sebelas dan pengawal peribadi yang lain tidak ragu-ragu langsung dengan kata-kata Ye Wan Wan dan terus menurutnya seperti bayang-bayang.
Liu Ying meludah marah. "Perempuan penggoda! Bunuh saja kami kalau awak nak! Berhenti bercakap mengarut!"