Ketika itu, wajah Eugene bertukar pucat lesi. Dia menyesal bertindak terburu-buru dan mengambil risiko bodoh sebentar tadi.
Tetapi, sudah terlewat untuk menyesal.
Tanpa berfikir panjang, Eugene terus menoleh kepada Qiu Hong Hai dan berkata, "Bos, jadi kenapa kalau mereka Mawar Maut? Mereka dah sepuluh tahun tak muncul, siapa tahu setakat mana kuasa mereka sekarang? Mungkin mereka hanya berlagak saja hari ni! Kita pasti boleh hapuskan mereka semua! Kita boleh tempa nama untuk kumpulan kita!"
Apabila rombongan bersama wanita bervel hitam itu mendengar desakan Eugene, mereka terus mengilai ketawa seperti mereka mendengar jenaka yang sangat melucukan.
"Hahahaha… betul cakap Tuan… dah lama kita tak jumpa orang-orang yang menarik macam ni!"
"Nak cuba uji kekuatan Mawar Maut? Apa kata kita berseronok dengan mereka hari ni?"
"Jangan terus mati ya! Awak mesti terus hidup!"