Tiada berita baru mengenai mereka sepanjang sepuluh tahun ini, namun Black Widom telah menjadikan keluarga Si sebagai sasarannya…
"Senior, awak juga berminat dengan keluarga Si?" tanya K, cuba mengorek maklumat.
Lagipun, organisasi ini hanya wujud dalam khabar angin dan terlalu misteri. K sendiri tidak pernah melihat mereka sebelum ini. Walaupun kuasa wanita ini tampak besar, K masih lagi ragu-ragu dengan identitinya.
Wanita itu mengelus kukunya dengan bersahaja. "Saya perlu beritahu awak ke siapa saya berminat?"
"Tak perlu, tak perlu. Awak tak perlu beritahu! Cuma…"
Mendengar suara membunuh wanita itu, K seperti berbelah bahagi dan berfikir lama sebelum berkata, "Senior, walaupun saya ada keberanian menggunung pun, saya tak akan berani bersaing dengan Senior. Tapi kebetulan misi kami kali ini, kami perlu bunuh mereka semua. Kalau kami gagal, susah kami nak jawab. Jadi, boleh kita bincang macam mana kami boleh berunding dengan awak, senior…?"