Khabar angin mengatakan, semua orang dalam organisasi itu memakai jaket dengan sulaman mawar merah padanya bersama topeng perak di wajah mereka. Ketua kumpulan ini seorang wanita yang memakai gaun hitam sifon dengan vel hitam menutup wajahnya. Orang memanggil dia, Black Widow.
Tiada siapa tahu asal usul atau umur wanita ini. Ada desas desus mengatakan dia sudah pun menjangkau umur 60 tahun tetapi memiliki wajah yang begitu muda. Ada juga yang mengatakan dia kelihatan begitu mengerikan dan kejam…
Wanita ini selalunya akan ditemani oleh orang bawahannya. Walaupun bilangan mereka tidak banyak, sesiapa sahaja boleh mengagak daripada aura mereka yang mereka bukan orang biasa. Mereka kelihatan seperti senjata manusia berhati dingin.
Penampilan dan pemakaian mereka sama seperti khabar angin. Mengetuai kumpulan seperti ini…
"Adakah… adakah dia… Black Widow?" Eugene kelihatan tidak percaya dan berundur bersama dengan Jason.