Di satu pihak.
Ye Wan Wan telah sampai ke kawasan selamat.
"Cik Ye, sila naik kapal terbang ni," kata salah seorang pengawal peribadi itu dengan dingin.
Ye Wan Wan menoleh kepada kedua-dua lelaki itu tanpa sebarang perasaan di wajahnya. "Siapa kata saya nak balik?"
Perasaan menyampah akhirnya muncul dalam suara salah seorang pengawal peribadi itu, "Cik Ye, situasi sekarang sangat bahaya. Tolong jangan main-main dengan nyawa awak."
Mereka semua patut berada di sisi Si Ye Han sekarang, tetapi mereka telah menjadi pengiring kepada perempuan yang tak habis-habis membuat masalah kepada mereka. Walaupun mereka telah menjalani latihan, kesabaran telah sampai ke penghujung.
Ye Wan Wan tidak mengendahkan kata-kata pengawal peribadi itu dan terus membuka bagasi yang dia bawa di sisinya.
Apa yang mereka nampak hanyalah bagasi yang penuh dengan pakaian…