Liu Ying mendengus marah dan berlalu pergi dengan wajah yang dingin selepas berkata begitu.
Xu Yi berdiri dengan canggung di situ dan cuba menjernihkan keadaan. *kof* "Liu Ying memang macam tu, jangan ambil hati pasal dia."
Ye Wan Wan tidak menjawab. Lagipun, dia sudah bersedia dan menjangka tiada siapa yang akan percaya kepadanya. Dia juga tahu bagaimana mereka yang lain menilai dirinya selepas dia memberi amaran tentang apa yang akan terjadi.
Lewat malam di sebuah bar di tingkat atas hotel.
Selepas berada di atas jalan selama dua hari, kebanyakan pengawal peribadi sedang berehat di dalam bar.
Sekumpulan orang dilihat sedang minum alkohol dan berbual di sana.
"Oh, kamu semua ada dengar? Perempuan tu macam orang gila beberapa hari ni. Dia tak habis-habis beritahu Bos akan ada rompakan dan bahaya nanti, paksa Bos untuk berhenti meneruskan perjalanan!"
"Dia ingat dia tuhan tilik nasib ke?"