Selepas Si Ye Han pergi, Liu Ying terlalu marah sehingga dia menumbuk pintu kereta. "Sakit kepala otak dia! Muka merah dengan suara bising macam tu. Macam mana dia boleh sakit?! Menganggu tuan di hadapan ramai orang. Memang tak tahu malu!"
Seorang pengawal peribadi di sisi menambah, "Ini kali pertama saya tengok teman wanita Bos. Cantik betul! Patutlah dia boleh buat orang macam Bos berat hati untuk pergi!"
Liu Yung menjeling orang yang bercakap itu dan mendengus jengkel. "Perempuan penggoda! Benda yang dia tahu buat hanyalah buat perangai dari siang ke malam, menganggu tuan tanpa henti. Dia tak tahu betapa seriusnya situasi ni! Tuan akan diganggu sampai mati oleh dia satu hari nanti!"
Mereka yang lain juga turut sama mengeluh. "Dengan perkara penting macam ni, dia memang tak bertimbang rasa…"
"Dia boleh bertanggungjawab ke kalau rundingan ini tertangguh? Mengarut betul!"