Ye Wan Wan merenung tepat ke arah Luo Chen, menghalang lelaki itu daripada mengalih pandangannya. "Faham?"
Luo Chen masih cuba hadam apa yang dimaksud dengan kenyataan ketiga Ye Bai, tetapi dia masih mengangguk tanpa disedari selepas ditanya.
Ye Wan Wan tidak berpuas hati. "Kuat sikit."
Luo Cheng terus menjawab, "Faham!"
Wajah Ye Wan Wan menjadi lebih mesra. "Kalau memang betul saya nak apa-apakan awak, saya dah lama buat. Kenapa saya kena tunggu sampai sekarang? Apa yang saya nampak pada awak ialah nilai sebenar awak.
Saya tahu ada banyak pengurus lain macam bapa ayam. Bukan sahaja mereka minta bukan-bukan pada artis bawah mereka, ada juga yang minta artis mereka minum alkohol dan tidur dengan mereka.
Disebabkan amalan macam ni dalam industri hiburan, artis-artis yang memang serius dalam lakonan dan mahu betul-betul berjaya akan menjadi orang yang bodoh di mata orang lain.