Tiga minit kemudian.
Ye Wan Wan berjalan keluar dari pantri bersama bekal makanan di tangan yang telah dihangatkan semula. Dia kemudian berjalan ke arah Si Ye Han, menarik kerusi ke sisinya dan duduk.
Semua mata terarah kepada kehadiran mengejut Ye Wan Wan.
Suara staf yang sedang melapor juga terhenti apabila dia menoleh kepada Xu Yi dengan pandangan penuh tanda tanya…
Xu Yi tergamam, tidak pasti apa yang Ye Wan Wan mahu lakukan.
Ada sesuatu yang tidak kena semenjak gadis itu menghubungi dirinya awal pagi tadi.
Ye Wan Wan menoleh kepada semua orang yang sedang merenung dirinya. "Kamu semua boleh sambung."
Sejurus kemudian, dia mengambil sudu, mengaut sesuap nasi dan membawanya ke mulut Si Ye Han.
Si Ye Han tergamam. Anak mata hitamnya merenung gadis di sisinya dengan perasaan teragak-agak.