Di pinggir kota Bandar Empayar, di salah satu syarikat di bawah Syarikat Si.
Si Ye Han sedang berbincang dengan beberapa orang dari pihak atasan syarikat apabila Ye Wan Wan tiba. Qin Ruo Xi dan Liu Ying juga turut hadir.
Wajah semua orang kelihatan suram.
Sebaik sahaja Liu Ying ternampak Ye Wan Wan, wajahnya terus bertukar gelap.
Walaupun semua pihak atasan itu sangat ingin tahu berkenaan Ye Wan Wan, mereka dapat meneka dialah gadis kesayangan Bos mereka yang mereka selalu dengar. Tidak kira betapa mereka ingin tahu, mereka semua tetap kekal berkelakuan baik. Mereka tidak berani untuk terus merenung dan terus menyambung perbincangan mereka dengan serius.
Manakala Qin Ruo Xi pula, wanita itu terus mengangguk hormat setelah melihat kelibat Ye Wan Wan dan terus menyambung laporannya dengan tenang.
Meja Si Ye Han penuh dengan bermacam jenis dokumen. Tetapi bekal makanan yang berada di satu sudut meja kopinya kelihatan tidak terusik.