"...!!!"
'Situasi apa ni!?'
Apabila dia melihat kehadiran dua orang itu di muka pintu, Ye Wan Wan seperti baru disambar petir sebanyak lima kali.
Wajah tampan Han Xian Yu kelihatan berkecamuk seperti warna di atas palet lukisan manakala wajah pucat Luo Chen pula seperti bunga putih yang baru ditiup oleh angin yang kuat…
Tiga pasang mata saling bertentang antara satu sama lain dalam keadaan kelu.
Suasana hening seketika.
"Kamu berdua… dengar dulu… ini semua hanya salah faham…"
Apabila Han Xian Yu mendengar itu, dia merenung kaki Ye Wan Wan.
Ye Wan Wan melihat ke bawah dan terus menurunkan lututnya dari tubuh Si Ye Han.
"Apapun, ini bukan seperti apa yang awak fikir…"
Han Xian Yu merenung tangan Ye Wan Wan.
Ye Wan Wan terus melepas tangan yang sedang memegang kolar baju Si Ye Han seperti dia terpegang kuali yang panas.