Chapter 371 - Permintaan Melampau

Ye Wan Wan berkata sambil menghantar terus gambar tersebut kepada Si Ye Han.

Dalam gambar berkenaan, seorang pelawak dilihat memakai baju berpetak merah dari tahun 80-an dan kelihatan sangat ketinggalan zaman. Dia juga memakai seluar berwarna hijau berserta cermin mata hitam berbingkai tebal. Kulit lelaki itu juga sangat perang, bergigi jongang dan botak. Penampilannya sangat sukar untuk dijelas dengan hanya beberapa perkataan.

Ye Wan Wan bertanya dengan teruja, "Apa pendapat awak? Sangat selamat, kan?"

Lebih dari selamat. Tak ada siapa yang mahukan Si Ye Han walaupun dihantar terus ke rumah mana-mana perempuan.

Ia sangat sempurna!

Tambahan pula, tiada siapa yang dapat mengenali diri dia yang sebenar!

Wajah Si Ye Han selepas melihat gambar berkenaan. "..."

Ye Wan Wan baru tersedar, mengubah penampilan Si Ye Han sehingga sebegini rupa mungkin terlalu melampau. Dia cuba bertolak ansur dan berkata, *kof* "Awak boleh ada sedikit rambut…"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS