Chapter 367 - Buka Baju Awak

Media Berkilauan.

Ketibaan Luo Chen telah menarik perhatian semua orang sebaik sahaja dia menapak masuk ke dalam syarikat berkenaan.

Artis baru dan pelatih yang tidak endah dengan kewujudannya sebelum ini, kini berpusu-pusu menghampiri untuk menyapa.

"Selamat pagi, Abang Luo Chen!"

"Pagi, senior Luo Chen!"

"Tahniah, senior! Saya dah tengok video awak pos di Weibo. Ia memang hebat!"

"Saya rasa watak Luo Chen kali ni pasti akan jadi milik awak, senior Luo Chen!"

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, Luo Chen masih tidak biasa dengan status terbarunya dan tidak selesa dengan pujian yang dituju kepadanya. Dia mengetap bibir dan berjalan laju menuju ke pejabat di tingkat atas tanpa memberi perhatian kepada peminatnya.

Sementara Lin Hao di satu sudut, merenung ke arah Luo Chen dengan mata yang suram.

Beberapa artis kecil yang berdiri di sebelah Lin Hao melihat apa yang berlaku dan menggumam perlahan.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS