*kof* "Tuan… ma… maaf…"
'Salah kaki aku…'
Apabila dia mendengar Ye Wan Wan mahu membawa tuannya pulang ke rumah untuk berjumpa dengan ibu bapa Ye Wan Wan, dia terlalu terkejut sehingga dia tertekan pedal minyak.
Xu Yi begitu terkejut sehingga rohnya nyaris terbang keluar dari dirinya. Tubuhnya menggeletar apabila dia mengambil telefon bimbit Si Ye Han yang jatuh dari tangannya dan menghulur kepada pemiliknya.
Apabila Xu Yi mendongak, dia ternampak… reaksi yang dia tidak pernah nampak sebelum ini... di wajah tuannya…
Si Ye Han dilihat seperti sedang berhadapan dengan musuh terbesarnya dan menghadapi kesusahan untuk melepasinya.
Tapi apa yang pasti, tiada sekelumit pun perasaan marah.
'Uh, tuan sebenarnya gemuruh ke sebab dia akan jumpa keluarga bakal mentuanya?'
Xu Yi terus menolak ke tepi fikiran mengarut dalam kepalanya. *kof* "Tuan, kita nak tunggu Cik Wan Wan ke?"
"Balik ke taman Jin."
"Baik."
…