"Awak…"
Mata Ye Mu Fan terbuntang luas ketika itu, melihat Ye Wan Wan seperti dia sedang melihat hantu.
Wajah Ye Shao Ting dan Liang Wan Jun juga dipenuhi dengan perasaan terkejut. Mereka sudah tentu tidak menyangka anak perempuan mereka akan berbuat begitu.
"Wan Wan, awak… betul ke semua yang awak cakap tadi?" tanya Liang Wan Jun dengan gugup.
Ye Wan Wan telah berfikir masak-masak mengenai perkara ini. Dia tidak kisah hubungan dia dengan Si Ye Han sebelum ini kerana hubungan renggang antara dia dengan ibu bapanya. Tetapi sekarang, ia terlalu susah untuk disembunyikan lagi. Lambat laun, mereka pasti akan tahu juga.
Daripada membiarkan ibu bapanya membuat spekulasi liar mengenai dirinya di masa depan, lebih baik dia menghapuskan bahaya itu sekarang.
Oleh itu, Ye Wan Wan mengangguk dan menjawab, "Ibu, Ayah, semua tu betul!"