Aura gadis itu tidak kalah langsung dengan Ye Yi Yi. Sebaliknya, aura dan wajah yang tenang itu kelihatan seperti orang yang bertanggungjawab.
Selepas membuka ucapannya dengan menyapa mereka yang hadir, Ye Wan Wan terus ke perkara utama. "Dengan kehadiran semua kenalan dan keluarga saya hari ini, saya mahu mengambil kesempatan ini untuk mengambil sedikit masa kalian. Saya mahu membuat satu pengumuman!"
'Membuat pengumuman?'
Kedengaran bunyi bisikan di dalam dewan berkenaaan, semua ingin tahu apa pengumuman Ye Wan Wan.
Ketika itu, Tuan Besar memanggil penjaga rumah Huang Ming Kun datang untuk bersedia jika sebarang masalah berlaku.
Kelihatan satu cahaya terang terpancar dari mata Huang Ming Kin dan dia terus memanggil beberapa pengawal keselematan supaya bersedia.
Ye Mu Fan merenung ke atas pentas dan menghabiskan minumannya dengan sekali teguk.
Satu suara jelas dan lunak kedengaran bergema dalam dewan berkenaan—