Ye Mu Fan begitu marah sehingga dia malas mahu masuk campur dan melihat Ye Wan Wan berjalan selangkah demi selangkah, menuju ke atas pentas di mana Gu Yue Ze dan Ye Yi Yi sedang berdiri.
"Saya tahu dia akan hilang akal waras dia sebaik sahaja dia nampak Gu Yue Ze! Sekarang Ibu dan Ayah percaya tak saya cakap tadi!" Perasaan kecewa kelihatan terbenam jauh dalam kegelapan mata Ye Mu Fan. Tangan lelaki itu berubah pucat kerana digenggam terlalu kejap.
Kalau bukan sebab lelaki tak guna ini, hubungan dia dengan adik perempuannya tidak akan menjadi seteruk ini…
Mata Liang Wan Jun dipenuhi dengan perasaan bimbang apabila melihat tindak tanduk anak gadisnya. "Mu Fan, jangan cakap macam tu pada Wan Wan. Dia dah banyak berubah. Ibu rasa dia tak akan bertindak terburu-buru…"