Chapter 353 - Bukan Masalah Awak

"Awak…" Ye Mu Fan begitu berang.

"Sudah, sudah. Bukan senang keluarga kita nak berkumpul macam ni. Berhenti bergaduh!" Liang Wan Jun cuba menjernihkan keadaan sebaik sahaja perasan dua beradik ini mula bertekak semula.

Ye Mu Fan menahan perasaan amarah bergelodak dalam hatinya dan terus minum wainnya tanpa henti.

Ketika itu, jamuan telah berlangsung separuh jalan.

Ye Yi Yi mengambil alih mikrofon dan berdiri di atas pentas, menghiburkan tetamu yang hadir dan mengucapkan ucapan selamat hari jadi dengan begitu bersahaja dan tenang. Pembawaan gadis itu begitu anggun.

Memandangkan Ye Shao An, isterinya dan Puan Besar tidak sempat balik kerana salji yang lebat, seluruh jamuan ini telah diuruskan sendiri oleh Ye Yi Yi, dari mula hingga ke akhir. Semuanya berjalan dengan lancar dan teratur, jadi tetamu utama boleh menghela nafas lega.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS