Ye Mu Fan kelihatan sedikit mabuk. Suaranya kedengaran mengejek apabila dia berkata perlahan, "Tsk, melindung? Awak seorang? Macam mana awak nak melindung mereka berdua… keluarga kita dah hancur… semua dah berakhir dulu… dah berakhir…"
Mereka tidak punya apa-apa sekarang, jadi apa yang mereka ada untuk melawan keluarga bapa saudara kedua? Macam mana mereka boleh ambil hak mereka semula…?
'Tsk... naif betul budak ni…'
Selepas Ye Mu Fan bercakap, suasana sunyi bersinggah semula ke meja mereka.
Ketika itu, bunyi kagum kedengaran dari meja utama.
Semua tetamu terus berpaling ke meja utama.
Ye Yi Yi dan Gu Yue Ze telah mengeluarkan satu lukisan kaligrafi dan sedang membuka gulungannya.
Aura perkataan pada lukisan itu ringkas dan cantik, tapi ia boleh menarik penonton masuk ke dalam lukisan itu dan biar mereka merasai sendiri pemandangan di masa dulu kala.