Chapter 344 - Siapa Pakar Itu?

Mendengar penjelasan Ouyang Yu, Liang Shi Han dan Fang Xiu Min nyaris ternganga luas kerana terlalu terkejut.

Pada mulanya, mereka menyangka Ye Wan Wan telah menghadiahkan sesuatu yang sangat menjijikkan dan tidak pernah menyangka ia telah dianggap sesuatu yang tidak ternilai oleh Ouyang Yu…

Melihat Fang Xiu Min dan Liang Shi Han masih cuba untuk menyampuk, Liang Jia Hao terus menjeling mereka dengan marah. 'Kita tak cukup malu ke malam ni?!'

"Balik!"

Liang Jia Hao merenung tajam kepada Fang Xiu Min.

Hati kedua-dua ibu dan anak itu terus mengecut kecil ketakutan apabila melihat Liang Jia Hao, yang tidak pernah hilang kesabarannya sebelum ini, membentak begitu marah untuk kali pertama. Mereka menurut kata lelaki itu dan beredar tanpa kata.

Di meja utama, Ouyang Yu masih tidak mahu berputus asa dan berkata, "Orang Tu Ye, cakap sesuatu. Awak nak tukar atau tak!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS