"Kebangkitan Naga ialah karya teragung Mahaguru Ouyang yang paling dia bangga semenjak dua tahun lepas. Dia boleh..."
Semua tetamu tergamam. Apa sebenarnya hadiah Ye Wan Wan sehingga Ouyang Yu mahu menukarnya dengan "Kebangkitan Naga" miliknya?
Wajah Ye Hong Wei sendiri kelihatan pelik, apatah lagi tetamu lain di dalam dewan itu.
"Haha, Orang Tua Ye, bukan awak kata awak begitu suka kepada "Kebangkitan Naga" saya…? Cepat, cepat, mari kita tukar!" Ouyang sedang bercakap kepada Ye Hong Wei, tetapi matanya tidak beralih daripada memandang perhiasana tulang itu.
Ye Wan Wan yang sedang memerah otaknya memikirkan jalan keluar, turut menoleh kepada Ouyang Yu dengan muka yang keliru.
'Uh, siapa aku, aku dekat mana ni, apa yang baru berlaku…
'Mahaguru Ouyang Yu yang hebat nak tukar "Kebangkitan Naga"nya dengan benda tu yang aku beli dekat pasar antik dengan hanya 100 yuan?
'Apa jadah?'