"Ye Wan Wan, awak dah lebih!" Ketika itu, suara tajam Fang Xiu Min kedengaran kuat.
"Hari ni hari jadi datuk tapi awak berani hadiahkan dia benda teruk dan menjijikkan macam ni. Apa niat awak! Awak ni memang gila!" Sebaik sahaja Liang Shi Han nampak hadiah daripada Ye Wan Wan itu, dia bingkas bangun, menunjuk ke arah Ye Wan Wan dan terus menengking gadis itu.
Sekumpulan orang tua yang duduk di meja utama itu, termasuk Li Yue dan Zhou Qing Gang, kelihatan mengerutkan kening mereka dan melihat Ye Wan Wan dengan perasaan tidak percaya.
Malam ini ialah sambutan hari jadi datuknya, jadi kenapa Ye Wan Wan memberikan sesuatu yang tak masuk akal seperti itu?
Seseorang tidak patut memberikan sesuatu seperti itu kepada orang tua di hari biasa, apatah lagi sebagai hadiah di hari jadi mereka. Bagaimana hadiah seperti ini boleh menggembirakan seseorang? Ia hanya menggesa seseorang itu untuk mati dengan lebih cepat!