Ketika itu, semua tetamu di setiap ceruk dalam dewan itu terkesima.
"Tak tahu malu" tidak cukup untuk menggambarkan pasangan ibu dan anak ini.
"Mak Cik tak perlu marah." Ye Wan Wan ketawa. "Sebenarnya rumah yang mak dan ayah hadiahkan kepada Mak Cik tu tak cukup besar. Jadi, walaupun Mak Cik sekeluarga pindah keluar dari rumah tu, ia agak kecil untuk mak dan ayah saya… Jadi, bagi pihak mak dan ayah saya, saya akan hadiahkan seluruh rumah itu kepada keluarga Mak Cik."
Ye Wan Wan menoleh kepada Ye Shao Ting dan Liang Wan Jun dan berkata, "Ibu, Ayah… Mak Cik tinggal bertiga dengan keluarga dia, jadi tak mudah untuk dia. Kalau kita paksa juga dia pindah keluar, saya takut nanti mereka akan tinggal sehelai sepinggang. Kalau orang luar dengar, mereka akan ingat kita tak ada hati perut…"
Segugus kunci muncul di tangan Ye Wan Wan.
"Ibu, Ayah…"
Ye Wan Wan meletak segugus kunci itu di hadapan ibu bapanya dengan perlahan.