Wajah Fang Xiu Min terus berubah gelap apabila melihat wajah kecil dan halus milik Ye Wan Wan itu, kemudian ke wajah anak perempuannya sendiri, Liang Shi Han.
'Kalau Ye Wan Wan hodoh, macam mana pula dengan anak perempuan aku?!'
Ye Wan Wan menoleh kepada Fang Xiu Min dengan mata gadis itu dikecilkan. Dia kemudian berkata dengan senyuman palsu di wajahnya, "Mak Cik, saya rasa apa yang Mak Cik cakap tadi tu memang masuk akal."
Fang Xiu Min terkejut dan tidak ingat apa yang dikatanya sebentar tadi.
Namun, Liang Shi Han yang baru sahaja pulih daripada perasaan terkejut tadi, tampak begitu cemburu apabila melihat wajah cantik Ye Wan Wan.
'Macam mana ini boleh jadi?
'Macam mana Ye Wan Wan boleh jadi cantik macam ni?
'Ini tak adil!'
Liang Shi Han teringat apa yang ibunya kata sebentar tadi dan terus mengejek, "Ye Wan Wan, kalau macam tu, kenapa awak tak bawa mak ayah awak pergi?"