Semua orang tahu siapa Ye Shao An dalam Kumpulan Ye. Dia ialah ketua utama dalam Kumpulan Ye.
Bagaimana dia hanya seorang pembantu beberapa tahun lepas?
Wartawan senior itu melihat mata semua orang yang ingin tahu itu dan berkata perlahan, "Ye Shao An itu sebenarnya anak kedua si Tua Ye. Si Tua Ye ada seorang anak sulung bernama Ye Shao Ting. Sebelum skandal ini, She Shao Ting yang sepatutnya mengambil alih Kumpulan Ye dan Ye Shao An hanya pembantunya."
"Macam itu ke situasi sebelum ini?"
Semua wartawan baru itu masih tidak biasa dengan ahli keluarga Ye. Mereka hanya tahu perkara asas.
"Adakah itu palsu? Ada… ada khabar angin mengatakan Ye Shao Ting, ketua utama Kumpulan Ye pada masa tu, telah terlibat dengan beberapa aktiviti geng yang serius dan melabur semua duit syarikat dan menggelapkan sebilangan besar dana awam."
Berita lama ini seperti satu bom yang telah mengejutkan setiap wartawan baru.
'Si Ye Shao Ting ini gila ke?