Chapter 322 - Sudah Puas Tengok?

Beberapa hari kemudian.

Keputusan kemasukan kolej telah dimaklumkan dan Ye Wan Wan telah berjaya masuk ke Media Empayar. Hari ini ialah hari jamuan hari jadi datuknya.

Sebelum dia bertolak ke tempat kerja, Ye Wan Wan menghantar satu teks kepada Si Ye Han: [Baby, malam ini jamuan hari jadi datuk saya dan saya kena datang. Jangan tunggu saya untuk makan malam, ya. Muah!]

Dia terlalu sibuk dari pagi hingga ke malam, bersiap sedia untuk penggambaran Luo Chen dalam "Naga Menggerunkan 2" sehingga tidak sempat mencari hadiah hari jadi untuk datuknya. Ye Wan Wan kemudian bergegas pulang asrama, bersolek sekali lagi dan menukar bajunya sebelum menuju ke pasar barangan antik.

Gajinya tidaklah tinggi, jadi dia tidak mampu membeli hadiah yang terlalu mahal. Dia perlu memastikan hadiahnya cukup istimewa dengan bajetnya yang terhad.

Gerai besar dan kecil kelihatan tersusun di tepi jalan. Ia tampak aneh dan dia terasa seperti masuk ke satu era yang berbeza.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS