Di Media Berkilauan.
Berita mengenai seorang pengurus yang dilantik dari luar telah tersebar meluas ke seluruh syarikat.
Seperti yang dijangka, pengurus lama pastinya tidak gembira. Bukan sahaja dia telah masuk daripada pintu belakang, dia juga sangat muda.
Kenapa dia tak mahu jadi selebriti memandangkan dia sangat muda dan tampan? Kenapa dia nak jadi pengurus?
Lagipun, menjadi pengurus dan artis sama sekali berbeza. Lebih awal seseorang itu debut sebagai seorang artis, lebih bagus. Tetapi seorang pengurus memerlukan banyak pengalaman dan rangkaian yang meluas. Kebanyakan pengurus bermula daripada pembantu atau diberi jawatan dalam pemasaran. Selalunya tidak akan ada artis di bawah mereka melainkan mereka bekerja selama tiga hingga lima tahun di dalam industri. Jadi, ada beberapa pengurus sahaja yang berumur 30 tahun ke bawah.