Ye Wan Wan melihat semua beg di tangan Han Xian Yu dan tidak mahu lelaki itu curiga. Jadi wajahnya bertukar ceria semula apabila dia membuka pintu dan menjemput lelaki itu masuk. "Terima kasih! Kenapa awak bangun awal sangat bila awak masih bercuti?"
"Uh…" Han Xian Yu tidak tahu bagaimana untuk menjawab.
'Macam mana aku nak beritahu yang aku lekap telinga aku dekat dinding sepanjang malam sebab tu aku tak tidur langsung?
'Tak ada apa-apa yang jadi, kan…'
Sambil berfikir begitu, Han Xian Yu masuk dan terus ternampak lelaki itu sedang duduk di meja makan dengan wajah yang dingin dan kolar baju yang berserabut. Han Xian Yu berpaling kepada Ye Wan Wan dengan perasaan di wajahnya yang sukar untuk digambarkan. Dia menghampiri telinga lelaki itu dan berbisik, cuba mengorek, "Eh Ye Bai, malam semalam… awak tak buat apa-apa dekat kawan awak, kan?"