Han Xian Yu betul-betul tergamam. Ini kali pertama dia melihat wajah Qio Ke Xin menjadi begitu merah dalam sejarah dia berinteraksi dengan semua jenis lelaki tampan.
Memandangkan Han Xian Yu yang mengajak Ye Ba datang ke sini, dia risau lelaki itu akan melampaui batas. Jadi dia terus membantu Ye Bai bangun dan beredar daripada tempat itu.
Han Xian Yu memandu pulang ke pangsapuri sementara Ye Wan Wan duduk di kerusi penumpang di sebelahnya. Ye Bai kelihatan mabuk tapi matanya tampak melekat ke wajah Han Xian Yu.
Han Xian Yu fikir lelaki itu minum terlalu banyak dan berasa mual. Jadi dia memandu dengan lebih cepat dan menoleh ke arah lelaki di sebelahnya. "Awak okey? Awak nak muntah ke? Saya ada plastik sampah dalam kereta!"