Reaksi Han Xian Yu. "..."
Ye Wan Wan memandang Qiao Ke Xin dan satu senyuman terukir di wajah gadis itu. "Kakak suka saya ke?"
Hati Qiao Ke Xin terus berdegup kencang dek sepasang mata yang berkilau itu.
Dia mempunyai begitu banyak teman lelaki sebelum ini dan kebanyakan mereka begitu segar dan muda. Tapi lelaki ini terlalu menarik.
Lelaki-lekaki yang dia bercinta sebelum ini semuanya jejaka yang begitu tampan. Tetapi selepas seketika, dia tidak lagi teruja kepada mereka. Mereka semua seperti klon daripada satu kilang yang sama.
Tetapi si Ye Bai ini… dia duduk di sini seorang diri. Walaupun parti ini sangat meriah, dia kelihatan begitu tenang seperti dia sedang berada di dalam hutan buluh, begitu bersahaja dan tidak terusik. Dia minum seorang diri dan juga… dia seperti sedang dilanda kesepian yang menjangkaui umurnya sendiri…
Dia terus tertarik daripada jauh dan bukan dia sahaja di parti ini yang berasa begitu.