Ye Wan Wan sedang menyesuaikan dirinya dengan kerja barunya dan sedang sibuk menyelesaikan semua proses penyerahan kerja. Apabila dia selesai, langit sudah pun bertukar gelap.
Melihat waktu semakin lewat, Ye Wan Wan menghentikan kerjanya, mengemas semua fail dan bersedia untuk pulang.
Walaupun banyak benda yang perlu diselesaikan dan dipelajari, dia sangat berpuas hati dengan apa yang dia dapat daripada kerjanya. Dia berasa sangat seronok.
Selepas Ye Wan Wan meninggalkan pejabatnya, dia mula berjalan di lorong pejalan kaki apabila tiba-tiba seseorang membunyikan hon kepadanya daripada belakang. Sebuah kereta Porsche berwarna kelabu perlahan-lahan berhenti di sebelahnya.
Cermin kereta diturunkan dan menampakkan satu wajah tampan di tempat duduk pemandu.
"Ye Bai!" lelaki di dalam kereta itu memanggil dirinya.
Ye Wan Wan terkejut dan menghentikan langkahnya. "Han Xian Yu?"
"Masuklah."