Chapter 293 - Pertukaran

Mendengar Ye Bai memanggil Luo Chen "artis saya" di depan mukanya dengan angkuh, hati Zhou Wen Bin meluap-luap marah.

Tiada siapa yang berani menentangnya di Media Berkilauan selama ini, jadi macam mana budak kecil tak guna ini boleh memijak dan tidak menghormati dia seperti ini? Oleh itu, dia terus menghubungi pengerusi Chu dan menghidupkan videonya sekali.

Zhou Wen Bin ialah pengurus tertinggi di Media Berkilauan. 90% keuntungan Media Berkilauan datang daripada artis di bawahnya. Hanya Gong Xu seorang sudah cukup untuk meneguhkan kedudukannya. Jadi kata-katanya pasti mempunyai kuasa di ibu pejabat.

Dia orang lama di syarikat ini manakala badut ini hanya seorang pengurus yang baru masuk. Tidak sukar untuk mengagak pihak mana yang Chu Hong Guang akan sebelahi nanti.

Secubit harapan yang baru timbul dalam diri Luo Chen sekali lagi dipadam oleh sebaldi air sejuk.

"Helo, pengerusi Chu!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS